Come on over, y'know we've been waiting for you!

Lets share the good things TOGETHER

Tanpa mereka, blog ini pasti sunyi. Terima kasih semua yang support saya!

Saturday, July 27, 2013

Tentang Brunei Darussalam

Tiba2 aku tertarik dengan Brunei. Brunei terletak di sebelah utara pulau Borneo . Angaran penduduk hanya 400,000. Luas keseluruhan Brunei hampir sama dengan luasnya selangor. For info penduduk Selangor hampir 8 juta. So aku boleh rasa Brunei ni memang sungguh selesa. Tak sesak, tak ada jem2.

Rakyat di Brunei terbahagi kepada 2 : darah beraja dan rakyat biasa. Dari info yang aku dapat yang keturunan darah diraja pun hidup seperti rakyat biasa. Apa yang beza cuma lah diberi gelaran Pengiran.

Dekat Brunei penjualan arak diharamkan, club2 malam, pusat kareoke.

Dibawah ada 5 info tentang Brunei :


1. Brunei mungkin sebuah negara yang sangat boring bagi kebanyakan orang sebab tidak banyak entertainment disini. Kebanyakan orang Brunei meluangkan masa dengan aktiviti sukan, shopping, lumba haram(hehe), main game di rumah, hiking, fishing. scuba diving dan sebagainya. Bagi tourist pula mereka mungkin boring sebab tidak ada yang baru disini dan semuanya ada di negeri lain. Tetapi bagi kebanyakan Bruneian, mereka tidaklah boring sangat sebab banyak aktiviti disini.

2. Brunei adalah sebuah negara yang paling aman dan satu2nya negara di dunia ini yang membolehkan kita jadi berani berjalan tengah malam tanpa perlu bimbang apa2.

3. Mungkin ekonomi negara Brunei teruk dari tahun 1990 hingga ke tahun 2006 sebab tidak banyak perkembangan, tetapi kini Brunei ingin menuju wawasan 2035 dan ingin menjadi top 10 negara yang terkaya didunia serta mempunyai literacy rate 100%.

4. Dengan adanya pendidikan percuma, negara Brunei ingin melahirkan cendiakawan yang akan memajukan negara Brunei. Mereka yang belajar di institusi tinggi dan universiti akan diberi elaun sebanyak $350(+-Rm 720). Bagi mereka yang belajar di luar negeri akan diberi lebih banyak lagi dan elaun mereka lebih tinggi dari gaji guru biasa di Malaysia.

5. Brunei sekarang sedang mnjalankan projek2 industri selain minyak dan gas. *contohnya Industri penghasilan Aluminium, Methanol, dan pulau industri iaitu Pulau Muara Besar.

Menarik bukan 5 info diatas.

Sekarang untuk info Hiburan.

Siapa sangka Jamal Abdillah tu sebenarnya orang Brunei. Wu Chun, Mimi rahzia juga orang Brunei.

Sedikit info mengenai Ekonomi Brunei.

Kebanyakan orang tahu Brunei hanya kaya disebabkan hasil minyak. Tapi itu tidak benar. Sebenarnya Kerajaan Brunei sungguh bijak sehingga terjadilah projek2 dibawah untuk pelaburan jangka masa akan datang.



1. Projek SPARK yang merupakan projek petrochemical bertaraf dunia. Projek ini merupakan Industri penghasilan methanol dan mampu menghasilkan pulangan lumayan melebihi hasil dari Minyak dan Gas. dimana projek ini telah menarik pelaburan dari 2 Syarikat gergasi jepun iaitu Mitsubishi dan Itochu. Projek ini berpotensi untuk menarik U.S$1.3 Billion di waktu terdekat.


2. Projek Pulau Muara Besar. Di mana Brunei sedang memajukan sebuah Pulau besar di perairan Brunei menjadi Pulau Industri bertaraf Dunia. Dimana pulau ini akan menjadi pusat perlabuhan perkapalan, Zon Eksport dan Pusat industri Pembuatan. Projek ini telah menarik pelabur pelabur asing dari Singapore, China, Eropah, Jepun dan Amerika. Dan baru2 ini syarikat gergasi Aluminium ALCOA dar Amerika telah menandatangani kontrak untuk membina industri Penghasilan Aluminium yang telah menarik pelaburan US$ 1.8 Billion ke Brunei.


3. Brunei memiliki sebuah ladang Ternak di Australia yang mana keluasannya adalah melebihi Brunei sendiri dan hasil dari eksport daging2 ini telah memberikan pulangan yg lumayan kepada Brunei tiap2 tahun.


4. Kerajaan Brunei telah memberikan pendidikan percuma kepada semua rakyat Brunei dari Tadika ke peringkat Universiti demi memastikan lebih ramai pakar2 dari brunei untuk membantu pembangunan ekonomi negara dmasa depan. Fakta Benar. tahun lepas sahaja..beratus2 pelajar telah di hantar untuk melanjutkan pengajian ke Seluruh dunia.UK, Australia, Amerika, Jepun, China, Singapore dan Malaysia

5. Ada org kata 10 tahun lagi minyak Brunei akan habis?tak benar. Seorang Engineer di Syarikat Minyak Brunei cakap yg Minyak Brunei mampu bertahan hingga 25 - 30 tahun lagi. Malahan tanah rizab yg mmpunyai minyak hanyai dieksploitasi sbanyak 30% saja.masih 70% tanah rizab belum dieksploitasi. Dan baru2 ini satu penemuan minyak telah di temui di daerah Tutong dan kerajaan hanya akan mengeluarkan minyak tersebut 20 tahun akan datang pabila minyak di daerah belait hampir habis.


6. Brunei Mempunyai Wawasan seperti Malaysia.Wawasan '2035'. Dimana wawasan ini adalah impian Brunei untuk mnjadi sebuah negara Terkaya Di dunia dengan brlandaskan ajaran Islam.

Tengok fakta ekonomi dsini : www.bedb.com.bn



Menganai Sultan Brunei


SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

SULTAN dan YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

Sultan Brunei yang ke 29. Aku sangat menghormati sultan yang prihatinkan tentang kebajikan rakyat nya sendiri. Dan mentakbir negaranya dengan berlandaskan ajaran Islam. :D

Dan fakta yang paling aku kagumi ialah keturunan Sultan Brunei smpailah sekarang adalah cucu cicit Nabi Muhammad SAW dimana Sultan Sharif Ali (sultan ke 3) adalah cucu kepada Rasullah SAW. Tak percaya sila lihat salahsilah dibawah.

*patut lah muka2 Sultan Brunei macam pak2 arab sket. Ada darah keturunan arab rupanye :D



Bahasa Brunei

Bahasa ni aku ambil dari satu forum. Tak tahu lah betul ke tak. Orang2 Brunei sila check mana tahu ada yang salah ke :P

Bahasa Melayu Malaysia - Bahasa Melayu Brunei


Kecil - Damit
Cantik - Bisai
Ringan - Ampul
Usaha -Ungkayah
lucu - Cali
Bodoh - Palui
Anjing - Kuyuk
tidur - memurancah
sebijik - sebuting
bersetubuh - beramput/ancuk/ayuk
baring - melimpang
memanjat - meniang
lari - lusir
tiada - nada
pukul - ampas
tendang - indik
monyet - ambuk
mabuk - mauk
perempuan - bini bini



* Sekian penerangan panjang lebar saya mengenai Brunei Darussalam. Oh ya satu lagi fakta menarik untuk dikongsi. Kepada sesiapa yang terpikat dengan gadis2 di Brunei sila lah siap2 kan minimum B$10,000 bersamaan hampir RM27,000. Ini minimum, kalau kebiasaan nya sehingga B$20~30K. So sila2 lah kira sendiri untuk mas kahwen anda :P

17 Comment Telah Diterima! TQ.:

aque said...

wou... serius... ke mcm nie kat brunei... wah.. seronoknye rakyat die.... besh3....

x nak pikat gadis.. nk pikat abg2 encem... hahhahhaha

Syukie said...

g la pikat abg2 kat sana. aku de member pompuan kat sane, sekelas dulu. Sekarang die dok kt sane. Ley g tanye die mana tau ade abg2 ensem kt sane :P

erm seronok tapi kalau rakyat malaysia yg suka berhibur. memang akan bosan g sana sebab x de life malam.

ape pun aku suka cara pentabiran Islamic diorang.. :D

Atiqah said...

menarik2 ;p

Kecil - Damit

Cantik - Bisai (kdg2 pakai 'lawa')

Ringan - Ampul (jarang guna word ampul ni)

Usaha -Ungkayah

lucu - Cali

Bodoh - Palui

Anjing - Kuyuk

tidur - memurancah (mostly still pakai tidur)

sebijik - sebuting

bersetubuh - beramput/ancuk/ayuk

baring - melimpang

memanjat - meniang

lari - lusir

tiada - nada

pukul - ampas

tendang - indik (still pakai tendang tapi brunei version nye 'tandang')

monyet - ambuk

mabuk - mauk

perempuan - bini bini

nak tau words ape lg? sile la tanye ;p

and maskawen ikut kemampuan jugak kot. kalau kaya mahal sikit. ;D

Syukie said...

ko nye berape tiqa..haha, boleh aku bg info ni kat afif~

Atiqah said...

hoii~~ tu citer lame hahaha ;p

kyo_9 said...

hmm.. ak pon nk respek gak sultan brunei.. tp bila lihat ape anak dia buat kt UK, ak rasa kecewa..

Syukie said...

bapak imam masjid...anak belum tentu jadi imam juga :D
manusia juga...

cacing merangkak said...

brunei seronok ler jugak x lah bosan sangat .. hehe .. kalau pasal mas kawin tu .. x lah sampai macam tuu .. hehe .. kalau sampai 20 , 30k .. wahh itu dah tahap seram tuu .. hahah ..300bnd dah cukup leer .. hehe ..kalau pasal mas kawin tu .. x lah sampai macam tuu .. hehe .. kalau sampai 20 , 30k .. wahh itu dah tahap seram tuu .. hahah ..300bnd dah cukup leer .. hehe ..

Anonymous said...

kenapa mesti duit -.-' >> Bagi mereka yang belajar di luar negeri akan diberi lebih banyak lagi dan elaun mereka lebih tinggi dari gaji guru biasa di Malaysia.
tidak perlu dipertuturkan hal duit.

MarianiLukman said...

thanks for the info..sangat berguna..
insya-Allah, kalau ada rezeki nak menjejakkan kaki ke sana..

boboi brunei said...

kalau nak pikat gadis brunei mas kahwin pun minimum 300 bnd

Anonymous said...

Untunglah negara Brunei diperintah SUltan. Tak macam Malaysia. Dahlah Sultan sendiri DIPERINTAH oleh Perdana Menteri Najib yang korup, rasuah dan sewaktu dengannya.Freemason lak tu...

Anonymous said...

Jamal bukan orang Brunei. ia lahir dan membesar d Brunei.

Anonymous said...

Tp kt brunei skrg dh xaman.

Eddy Suwantoro said...

salam kenal pembaca blog Syukie
tarik erat tali silahturahmi

Strong Man said...

salam kenal...sy hakim dari indonesia....adakah peluang berbisnis yang bisa dijalin antara sy orang indonesia dengan orang brunei?mungkin terkait dengan produk2 dari indonesia.tk

Anonymous said...

Bestnya. Aku rasa nak duduk sini lah. Dekat Malaysia ni hmm subhanallah. Aku bukan tak bersyukur duduk dekat Malaysia yang 'aman' ni... cuma hmm pentadbiran..keselamatan...pendidikan sekular..tarikh cuti tu buat aku terfikir banyak kali. Ini hanya pendapat aku. Jangan marah ye. Thanks! :D