Come on over, y'know we've been waiting for you!

Lets share the good things TOGETHER

Tanpa mereka, blog ini pasti sunyi. Terima kasih semua yang support saya!


Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

New Nokia E7 & TM Workshop at Penang

25 March 2011
Punya lah seronok tak sabar-sabar nak balik kerja beli handphone baru. Dalam otak terfikir-fikir nak beli Nokia E7 atau HTC Desire HD. Tapi disebabkan CELCOM tak ada pelan jual HTC. Aku rembat la Nokia E7 yang beharga RM1500 (Harga HP) + RM300 (Duit Cagaran/Akan Dipulangkan semasa potongan bil).


Lepas beli, bawa balik terus download Game sampai bateri habis dan mula cas 8jam (ikut petua untuk barang elektronik). Pagi besoknya....

26 March 2011

Pukul 6 pagi, siap2 bangun nak pergi penang. Check barang semua,OK!. Dalam pukul 6.45 dah keluar dari rumah sebab pukul 7 nak kena ada dekat tempat kumpul bas menara TM. Dah setenggah perjalanan nak dekat sampai destinasi, baru teringat lupa bawa passcard. Pusing balik, pergi ambil passcard. Tengak2 jam dah pukul 7.15am, memang kelam kabut bawa motor takut kena tinggal,bawa sampai 140KM/H top speed,menyelit2 mengalahkan lipas kudung . Sampai-sampai je dalam 7.40am , kejar2 bus nasib baik sepat. Tapi dalam tengah lari2 tu tak perasan HP E7 yang diletakkan dalam porchbeg terpelanting keluar. Habis pecah cermin E7 aku. Nasib baik semua function OK lagi.


Sehinggakan hari ni aku masih dalam trauma! Padahal tak guna pun passcard dekat penang. Buat apa gatal2 balik nak ambil.Adoih! Memang tensen gile. Mood memang down tapi buat2 happy je.

26-28 March 2011

Malas nak cerita dah pasal pergi penang ni, tensen je HP baru rosak.



29 March 2011

HP Nokia E7 au masuk hospital dekat Nokia Care One Utama, dalam 1~2 minggu baru sembuh. Kos rawatan mau dekat-dekat rm400. Harap2 lepas sembuh HP ni tak buat masalah dekat aku. Amin~

Thursday, January 27, 2011

Work itu Kerja.

Seronok kerja baru dekat TM ni. At lease tak lah bosan asik kerja office je. Sebab aku kena kerja dekat luar juga.

TM TTDI, adjust antena. Dekat atas tu bukan aku. Aku just menyelia je :P

TM Cyberjaya.

Tinggi wo tower ni, gayat aku tengak budak2 crontrektor naik sampai dekat atas.

Ni la Kotak yang control 3G celcom :D

Tengah buat scaning 3G.

Sunday, September 26, 2010

Beraya Merentas 5 Negeri !

Tahun ni pergi beraya agak best. Beraya sakan dengan member2 kelas. Destinasi N9-Johor-Melaka-KL-N9. Beraya dekat 4 negeri dalam masa 4 hari, dengan total perjalanan hampir 1200KM. Alhamdulilah selamat pergi balik dan tak ada apa2 masalah teknikal atau pun lain2.

19+4 orang dan 6 kereta. Seronok pergi konvoi ramai2 walaupun ade yang suka bawak slow ade yang suka bawak laju ada yang tertinggal. Alhamdulilah sekali lagi, sebab tak ada apa2 masalah yang berlaku.

Siap2 nak bertolak dari kolej

Hari Khamis kami semua pergi beraya ke rumah Miza di johor ( nenek dia punya rumah ), sampai dalam pukul 8 malam. Sampai2 je terus makan nasi minyak, ayam kurma, ketupat, lontong dan sambal udang. Lepas kenyang kami semua tumpang tidur. Dan yang paling awal tidur mesti lah aku. ( driver x ley tido lambat2 nanti penat )

depan rumah miza

Hari Jumaat kami bangun awal dan mula bersiap2 pakai baju melayu, bersemangat nak beraya. Lepas sarapan pagi di rumah Miza terus ke rumah Azhar. Dekat rumah Azhar kami makan lagi. Lepas beraya rumah Azhar ke rumah Saufi.

Gadis d rumah Saufi

Dekat rumah Saufi makan roti jala, ketupat dan lontong. Dah kenyang pergi lah solat jumaat. Boleh plak tertidur bila dengar khutbah. Tak penah2 aku tertidur kali ni boleh tertidur. Ni mesti sebab banyak makan, badan pun jadi letih dan mengantuk je. Selesai menunaikan solat jumaat destinasi kemudian rumah Wafi. Dekat sini kami makan sate!


And last untuk hari jumaat kami pergi beraya dekat rumah Iqa. Makan laksa johor, memang sedap kuah die pekat dan cukup rasa. Lepas penat beraya kami pergi berjalan2 dekat Danga Bay. Lepak2 jalan2 sambil ambil angin malam. Dah penat balik tidur. Lelaki tidur di rumah Azhar dan perempuan dirumah Iqa. Sekali lagi aku gak yang tidur paling awal. Siap kongker 3 bantal tu. Tak pasal2 diorang cakap aku kuat tidur. ( dah penat mesti lah berehat banyak2 )


Mulanya hari sabtu. Bersarapan pagi di rumah Azhar makan mee goreng pukul 8 pagi. Best plak kol 9 pagi sarapan lagi dekat kedai mak Iqa. Balun nasi lemak dengan sosej. Tak penah2 aku sarapan pagi 2 kali. 1st time dalam hidup nih!

Tengah hari beraya dekat rumah Azam di simpang regam. Memang lengkap set makan tengah hari. Terbaik betul, ada nasi putih, sambal udang, ayam, ikan goreng, ulam2. Petang beraya dekat kedai bapa Mai plak ( johor ). Makan nasi ayam. Malam nya makan sup daging dekat rumah Redha ( melaka ). Then aku berpecah sekejap pergi beraya rumah kekasih di paya dalam melaka. Selesai ke melaka dan johor kami balik ke kolej di N9. Fuhh memang penat beraya sakan ni.

Hari ahad kami beraya ke KL. Destinasi pertama melawat member yang sakit ( 9 kereta ikot konvoi budak2 kelas + kawan2 kolej ishaq ). Sebak hati ni tengak member yang dulu sihat kini.....tak dapat nak cakap macam mana keadaannya.

( Kiri : aku, Kanan : Ishaq )

Sangat sedih! Doa agar Ishaq Bin Mohd Nor boleh jadi sihat macam dulu2.

Then kami beraya ke rumah miza lagi. Ops rumah kakak dia plak. Haritu rumah nenek dia. Makan spegeti, memang Italian sungguh :D

And last no more, sudah tak larat mau makan2.... Beraya dekat rumah aku :D

Selamat Hari Raya maaf zahir & batin kepada semua bebudak kelas yang menjayakan konvoi kali ni. Lepas ni nak dekat habis belajar, bila lagi boleh rasa pengalaman macam ni. Apa2 pun ia memori indah untuk dikenang.....

Wednesday, July 7, 2010

Masuk Surat Khabar !

Fames habis bila mereka ni masuk surat khabar, nak dekat lebih 5 kali. Dok muka depa ja. Apasal muka aku tak masuk sekali? Ini yang buat tak adil. Kenapa Encik editor surat khabar tak masukkan muka saya sekali? Aku pun mahu fames seperti mereka :P , kenapa lah waktu diorang[ org yg jual benda alah ni ] tangkap gambar mereka aku tak ada di rumah?





Nota Kaki :
  1. Saya tak jual menatang ni.
  2. Mereka tak dapat royalti pon, kenapa ye?
  3. Kenapa lepas mereka masuk surat khabar. Ada orang yg sebelum ni x penah tegur, tiba2 boleh tegur mereka?

Sunday, June 20, 2010

Hari ni hari bapa ke?

Betol2 aku tak tau hari ni hari bapa, lagi pun aku ni memang jenis yang tak alert event2 mcm ni. Berblogwalking harini dari pagi asik terbaca entri pasal penghargaan dekat bapa masing2 je. Aku pun dah naik pelik :P

Last2 tanpa ragu2 aku msg kat bapa aku " Abah, selamat hari bapa ! " . Dan kemudian ia dibalas dengan " tk " .

Huhu memang sempoi habis. Ape pun saya sayang abah saya !
  • Abah saya baik, bukan seorang yang pemarah.
  • Abah saya seorang yang pemaaf.
  • Abah saya seorang yang baik dekat isteri & anak2nya.
  • Abah saya pemurah.
  • Dan yang paling penting muka saya banyak ikut abah, perangai pun lebih kurang :P

Nak publish gambar abah saya ke tak? Tidak kot sebab nanti tak pasal2 saya kena marah. Sebab abah saya tak suka publisiti murahan internet ni :D

Tuesday, June 15, 2010

I Love You Forever

15 june 2010, harini adalah ulangtahun ke tiga perhubungan aku dan si dia.
Dan juga hari jadi dia yang ke 21 tahun :D

Selamat hari jadi sayang, semoga sayang dapat penuhi segala impian dan dipemudahan segala urusan di dunia dan akhirat <3

Dan selamat ulang tahun yang ketiga untuk kita :D
Semoga hubungan ini kekal sehingga akhir hayat.
Saya gembira sebab awak hadir dalam hidup saya.

Cinta yang diredhai...
Cinta yang tiada persegi
Selagi ia berlandaskan hukum-hukum Islam
Tanpa sebarang pelanggaran
Insya'Allah...,
Cinta itu mendapat keredhaan...

Itulah Cinta Yang Diredhai Tuhan.