Come on over, y'know we've been waiting for you!

Lets share the good things TOGETHER

Tanpa mereka, blog ini pasti sunyi. Terima kasih semua yang support saya!

Thursday, February 4, 2010

Rolling Your Own Sushi

Haritu aku buat sushi. Tapi x berapa nak sedap macam kat Sushi King. apepon aku berpuas hati sebab ni 1st time aku buat sushi sendiri and menjadi lak tu~

Ni aku senaraikan bahan2 mentah dan x seberapa nak mentah.

[Nasi dan perasa]
-Beras sushi ( bulat2 dan pendek )
-Cuka beras
-Kicap Sushi ( untuk makan dengan sushi nanti )
-Wasabi ( sama seperti diatas )

[Topping or bahan untuk letak kat sushi]
-Isi ikan salmon
-Udang
-Inari
-Cili Besar dan petak
-Rumpai Laut
Dan berbagai lagi yang boleh letak macam
-telur ikan,telur manis,sosej,ayam,daging,petai?? sesuka hati la ikot citarasa~

[Alat persediaan]
-Sudu
-Bekas plastik
-Bamboo Mat ( benda alah untuk gulung sushi )
-Kipas tangan ( aku pakai pinggan plastik je )
-Pisau tajam
-Bekas berisi air ( untuk basahkan pisau tu nanti supaya senang nak potong )
-Sudip plastik atau kayu ( untuk gaul nasi )


Ni lah bahan2 untuk buat sushi...

Beras ni boleh beli kat pasar raya macam J.Jusco , Giant...etc

Seaweed atau rumpai laut kering


Cili Yang besar berbentuk petak [ Cili Bangali kot nama die?? ]


Inari. ni aku beli dekat bahagian sushi dekat J.Jusco


Udang


Kicap cair, Wasabi dan cuka. cuka ni kalau guna cuka beras lagi sedap tapi sebab aku tengak x de tanda halal so pakai la cuka buatan malaysia ni~


Isi ikan salmon


Cawan plastik untuk kerja sukat menyukat beras [ aku orang bujang mana da penyukat pakai ni je ]


Kipas a.k.a pinggan plastik je hahaha~


Bamboo Mat


Jom Memasak Nasi Sushi....


Beras Sushi


Basuh beras die bilas dalam 3~5 kali


Lepas tu da bilas beras tu isi air then biarkan selama 30 minit,tutup supaya benda asing x masuk


Selepas 30 minit nasi akan jadi putih bersinar2 macam ni


Masuk kan dalam rice cooker dan tunggu masak je...kuantiti air, 2 cawan beras=2 atau 2 1/2 cawan air. Senang~

Sementara nak tunggu nasi tu masak boleh lah kita sediakan bahan2 untuk topping,



Siang2kan udang buang kulit dan kepalanya disimpan untuk buat air rebusan


Potong slice2 isi ikan salmon ni. kemahiran memotong ikan yang tinggi amatlah diperlukan, jika x potongan jadi x seberapa best macam aku buat wahahaha~


Rebus ikan ni dulu. berani ke ko nak makan mentah2 ni?? x berani aku. toskan dalam air kejap je. Lembek ikan tu nanti kalau lelama~


Rebus kepala udang dulu then ulang benda yang sama macam anda buat kat isi ikan salmon tu, kejap je


Potong cili,


Sampai jadi petak2 macam ni~


Jom ke bahagian Membuatkan nasi itu jadi nasi cuka ( nasi sushi )



Letakkan 2~3 sudu cuka. Jangan lebih2 nanti masam nasi tu. Then gaul2 kan dengan sudip tu,lipat2 kan nasi tu sambil kipas bagi nasi tu sejuk. Buat proses ni sampai nasi jadi sejuk dan rasa keras untuk dilipat2 kan.

Siap dah nasi sushi dan bahan2 topping so lepas ni siap2 kan semuanya...

PROSES NAK BIKIN SUSHI~

Susun seperti dalam gambar ni supaya teratur dan senang kan kerja.

Didepan pisau adalah pinggan berisi air untuk membasahkan pisau agar senang nak potong sushi roll nanti.


Letak nasi atas rumpai laut tu, then letak bahan2 dia macam tu.


Yang ni sushi yang telah digulungkan.


Amacam OK x?? Ade yang besar,kecik,Giant...hahaha suke aku...

Yang dua hitam besar tu nasi kepal nama nya...Sebelah dia tu sushi aku pakai tangan bentukkan nya then ikat dengan rumpai laut...

Selamat Mencuba :)

7 Comment Telah Diterima! TQ.:

::Min:: said...

nak sket.ish.mcm best nehhhh.

Syukie said...

yasmin cube la wat sendiri mana tau lagi sedap :P

Anonymous said...

awak beli bamboo mat kat mane ?
kat jusco ade tak ?
saye dah pening cari tak dapat

help me

Syukie said...

Boleh cari dekat j.jusco bahagian sushi. Sebab saya beli dekat situ juga :D

waktu tu saya beli dekat j.jusco taman maluri.

regr8 said...

Waaa.... bestnye, detail gak recipe ni. Siap ngan pics skali. Very nice! Thanks syukie~

Syukie said...

sama2, ni resepi simple je :D

Shafika said...

Telur ikan tu ad jual x kat jusco?? Heheh