Come on over, y'know we've been waiting for you!

Lets share the good things TOGETHER

Tanpa mereka, blog ini pasti sunyi. Terima kasih semua yang support saya!

Thursday, February 4, 2010

Cameron Highland,Pahang.

Destinasi : Cameron Highland
Tarikh : 9/January/2010


" Kringgg!!!! " Jam loceng da menunjukkan tepat pukul 5 pagi. Cepat2 aku kemas ape yang patut dulu and terus pergi mandi. "perghh punya la sejuk air pagi2 ni, kecut paru2 aku"

Lepas siap packing2 barang yang perlu dibawa, aku sumbat baik2 dalam bonet kereta sewa supaya x semak mata yang memandang. Check2 kereta kalau2 ade masalah ke x. Lepas kompem kan semua dah ada dan selamat aku g pick up kekasih aku kat rumah dia plak.

Yang bestnye kekasih hati aku ni buat sandwish and nasi ayam buat bekal dalam perjalanan nanti. Sedap nyeee~

Cameron_Sign_Board
Tepat pukul 7 kami mulakan perjalanan. Dari nilai aku ke KL dahulu, kemudian aku masuk utara-selatan highway [E1] dan terus menghala ke exit tapah. Harga tol dari KL ke exit Tapah dalam RM23 (tak silap aku la sebab total tol yang kena pergi balik dalam RM50).

Dari exit Tapah, lampu isyarat pertama belok ke kiri. Dari sini la perjalanan mula mencabar bagi siapa yang tidak biasa ke Cameron. Jalan yang bengkang bengkok, banyak selekoh tajam, jalan licin ketika hujan dan kawasan tanah runtuh.


Jika anda 1st time hendak ke Cameron pastikan tayar x botak, air whipper cukup, brek makan, dan kereta dalam keadaan baik. Dan pastikan anda bawak beg plastik dan minyak sakit kepala sebagai persediaan. Takut pening, muntah sebab jalan yang berbelit macam ular. (satu lagi tips, jangan makan terlalu kenyang waktu nak naik Cameron karang tak pasal2 keluar semua yang dah makan)

Sebelum sampai Cameron aku singgah dekat Lata Iskandar. Dekat kawasan tu ada air terjun dan agak best la kalau nak mandi2 sebab air kat situ sejuk. memang best gile!

Lata_Iskandar
Tapi aku x mandi pun, rendam2 kaki je. Malas nak mandi sebab waktu aku terhad and takut penat lak nanti.

"Dalam 70KM menempuhi jalan yang berbelit macam haram jadah dari Lata Iskandar,(memang menguji skill memandu betol) destinasi kedua ialah..."

Bharat Tea Estate. Dekat situ aku cuba minum teh strawberry dia sambil menghayati pemandangan ladang teh. Hirup teh panas sikit2 dengan pemandangan yang gile2 hijau dan angin sejuk yang sesuka hati tiup kesana kemari...Fuhhh !! memang tenang abes. Waktu nak blah aku beli lah Teh Strawberry harga dia dalam RM8 buat2 minum dekat rumah. Beli pun sekotak je, nak beli banyak2 untuk orang lain bajet ciput so len kali la ye~

Seterusnya aku ke Tanah Rata. Dekat sini aku malas nak cerita panjang2 so aku pendekkan lah ye. [ makan bekal nasi ayam dekat taman permainan, rehat2, pergi sembahyang zohor ].

Destinasi ke empat aku pergi ke Brinchang. Dekat tempat ni ada 4 tempat menarik aku pergi. Big Red Strawberry Farm, Cactus Valley, Multicrops Central Market dan Kok Lim Strawberry Farm.


Big Red Strawberry Farm
  • Just tengak2 strawberry dan salad2 segar yang ditanam mengunakan kaedah hydroponic.
  • Beli coklat dan ais krem strawberry
  • Nak cuba pergi petik strawberry sendiri mahal la plak. RM20 untuk 1/2KG. (Kalau kat Multicrops Central Market RM20 boleh dapat 1~2KG)
Big_Red_Strawberry_Farm

Cactus Valley
  • Kt sini boleh beli pokok cactus. Murah je yang kecik2 macam dalam gambar ni 6 cactus = RM10

Cactus_Picture

Kok Lim Strawberry Farm
  • Kat tempat ni x ade ape2 sangat. Same je semua pasal strawberry tapi yang lain sikit, tempat ni ade muzium barang2 antik. Tema muzium die "kembali ke masa silam". Memang best gile kalau nak main2 tangkap gambar. Bayaran untuk dewasa RM5 je.


Multicrops Central Market

  • Dekat sini semua barang murah2.
  • Jika anda nak beli strawberry, bunga-bungaan, sedikit cenderahati untuk teman2 boleh beli disini. Sebab harga dekat sini lebih murah berbanding tempat2 lain.

Bunga banyak2 macam ni hanya untuk RM10


Bunga ros 25 kuntum hanya RM7


Strawberry 1/2 kg hanya RM10


Strawberry Chocolate harga dia dalam RM3 sedap gilew~


-The END-

3 Comment Telah Diterima! TQ.:

Mohd Hafizi Maula Mohd Ishkandar said...

highway jalan ke cameron highland berbukit tinggi ke ?

Syukie said...

Bukit dia boleh tahan juga la, kalau tak biasa boleh muntah :P

Anonymous said...

kos petrol + tol pergi balik berapa? naik kereta apa ya?