Come on over, y'know we've been waiting for you!

Lets share the good things TOGETHER

Tanpa mereka, blog ini pasti sunyi. Terima kasih semua yang support saya!

Friday, May 14, 2010

Keistimewaan Nama Rahman?

Senarai Perdana Menteri Malaysia
  1. Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
  2. Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
  3. Tun Hussein bin Dato' Onn
  4. Tun Dr. Mahathir Mohamad
  5. Tun Abdullah Ahmad Badawi
  6. Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak

Dulu waktu aku kecik, abah aku ade cakap yang nama aku lengkap ada semua nama Perdana Menteri Malaysia. Waktu tu Tun Dr. Mahathir Mohamad masih menjadi Perdana Menteri Malaysia, so kalau campur semua nama masih belum lengkap..

Rahman
Abdul Razak
Hussein
Mahathir

baru jadi "RAHM"...


Senarai Timbalan Perdana Menteri Malaysia
  1. Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
    1 September 1957–21 September 1970
  2. Tun Dr Ismail Abdul Rahman
    22 September 1970–2 Ogos 1973
  3. Tun Hussein bin Dato' Onn
    13 Ogos 1973–14 Januari
  4. Tun Dr. Mahathir Mohamad
    5 Mac 1976–15 Julai 1981
  5. Tun Musa Hitam
    18 Julai 1981–16 Mac 1986
  6. Tun Ghafar Baba
    10 Mei 1986–15 Oktober 1993
  7. Dato' Seri Anwar Ibrahim
    1 Disember 1993–2 September 1998
  8. Tun Abdullah Ahmad Badawi
    8 Januari 1999–30 Oktober 2003
  9. Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak
    7 Januari 2004–3 April 2009
  10. Tan Sri Muhyiddin Yasin
    10 April 2009–Kini
Kalau nak diikutkan selalunya timbalan perdana menteri akan jadi perdana menteri (ye ke?)

Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003, so Dr.M ade 4 timbalan, iaitu

  1. Tun Musa Hitam
    18 Julai 1981–16 Mac 1986
  2. Tun Ghafar Baba
    10 Mei 1986–15 Oktober 1993
  3. Dato' Seri Anwar Ibrahim
    1 Disember 1993–2 September 1998
  4. Tun Abdullah Ahmad Badawi
    8 Januari 1999–30 Oktober 2003
antara M,G,A,A mana akan jadi PM?
dah tentulah A=Abdullah.

dekat sini dah jadi "RAHMA"

dan dengan malasnye aku nak explain detail2, selepas Abdullah(Pak Lah) meletak jawatan sebagai PM, Mohd Najib Tun Razak menjadi PM MALAYSIA pada 3 April 2009. Maka pada 3 April 2009 juga lengkap lah nama aku dengan semua nama2 PM Malaysia.

Rahman
Abdul Razak
Hussein
Mahathir
Abdullah
Najib

Tak sangka pandai gak abah aku buat ramalan ye, macam nujum Pak Belalang da skali..

dan, ABDUL RAHMAN bermaksud "Hamba Allah yang Pemurah".
So Rahman = "Pemurah".

jadi disini aku nak simpul2 kan secara paling ringkas,

Kesemua PM malaysia = Rahman = Pemurah = Orang melayu memang pemurah.

*Orang melayu memang pemurah, buktinya kita memang tak boleh nak tengak orang lain susah mesti nak tolong, mesti nak derma...kan2~


1 Comment Telah Diterima! TQ.:

durianjawa said...

wow...sungguh terer abah mertua i.pandai dia kasi nama anak.nti boleh suh dia nujum2 sket nak kasi nama cucu.kehkehkeh..

ape ape pon, i love RAHMAN.it sound soft and matured.sy nak panggil awak MAN, bleh? AHMAN?nampak spesel sket.