19+4 orang dan 6 kereta. Seronok pergi konvoi ramai2 walaupun ade yang suka bawak slow ade yang suka bawak laju ada yang tertinggal. Alhamdulilah sekali lagi, sebab tak ada apa2 masalah yang berlaku.
Hari Jumaat kami bangun awal dan mula bersiap2 pakai baju melayu, bersemangat nak beraya. Lepas sarapan pagi di rumah Miza terus ke rumah Azhar. Dekat rumah Azhar kami makan lagi. Lepas beraya rumah Azhar ke rumah Saufi.
Dekat rumah Saufi makan roti jala, ketupat dan lontong. Dah kenyang pergi lah solat jumaat. Boleh plak tertidur bila dengar khutbah. Tak penah2 aku tertidur kali ni boleh tertidur. Ni mesti sebab banyak makan, badan pun jadi letih dan mengantuk je. Selesai menunaikan solat jumaat destinasi kemudian rumah Wafi. Dekat sini kami makan sate!
And last untuk hari jumaat kami pergi beraya dekat rumah Iqa. Makan laksa johor, memang sedap kuah die pekat dan cukup rasa. Lepas penat beraya kami pergi berjalan2 dekat Danga Bay. Lepak2 jalan2 sambil ambil angin malam. Dah penat balik tidur. Lelaki tidur di rumah Azhar dan perempuan dirumah Iqa. Sekali lagi aku gak yang tidur paling awal. Siap kongker 3 bantal tu. Tak pasal2 diorang cakap aku kuat tidur. ( dah penat mesti lah berehat banyak2 )
Mulanya hari sabtu. Bersarapan pagi di rumah Azhar makan mee goreng pukul 8 pagi. Best plak kol 9 pagi sarapan lagi dekat kedai mak Iqa. Balun nasi lemak dengan sosej. Tak penah2 aku sarapan pagi 2 kali. 1st time dalam hidup nih!
Tengah hari beraya dekat rumah Azam di simpang regam. Memang lengkap set makan tengah hari. Terbaik betul, ada nasi putih, sambal udang, ayam, ikan goreng, ulam2. Petang beraya dekat kedai bapa Mai plak ( johor ). Makan nasi ayam. Malam nya makan sup daging dekat rumah Redha ( melaka ). Then aku berpecah sekejap pergi beraya rumah kekasih di paya dalam melaka. Selesai ke melaka dan johor kami balik ke kolej di N9. Fuhh memang penat beraya sakan ni.
Hari ahad kami beraya ke KL. Destinasi pertama melawat member yang sakit ( 9 kereta ikot konvoi budak2 kelas + kawan2 kolej ishaq ). Sebak hati ni tengak member yang dulu sihat kini.....tak dapat nak cakap macam mana keadaannya.
Sangat sedih! Doa agar Ishaq Bin Mohd Nor boleh jadi sihat macam dulu2.
Then kami beraya ke rumah miza lagi. Ops rumah kakak dia plak. Haritu rumah nenek dia. Makan spegeti, memang Italian sungguh :D
And last no more, sudah tak larat mau makan2.... Beraya dekat rumah aku :D
Selamat Hari Raya maaf zahir & batin kepada semua bebudak kelas yang menjayakan konvoi kali ni. Lepas ni nak dekat habis belajar, bila lagi boleh rasa pengalaman macam ni. Apa2 pun ia memori indah untuk dikenang.....
4 Comment Telah Diterima! TQ.:
makan makan makan makan makan makan.. warg~~~~ jeles... hahaha....
cepat upgambar... tasabar nak tengok..
gambar tunggu wafi ...:D
kenapa dgn isyaq? teruk ke dia?
wah ! dh smpi johor xsinggah pun rumah aku kan naim? smpi hati koooo. T__T
erm nak singgah, da smpai pon kt gan jj yg dkt gn rmh ko...tapi x kesampaian nak singgah. kalau aku datang x datang sorang2, aku bawak kaum2 sekali 20 lebih...takut x sempat ko nk buat ape2 kalau dtg mengejut...sampai johor pon baru teringat nk g rumah ko, tp da malam wk2 tu..
ishaq die sakit ade pendarahan kat otak, baru lepas pembedahan...terok gak la~
Post a Comment