Come on over, y'know we've been waiting for you!

Lets share the good things TOGETHER

Tanpa mereka, blog ini pasti sunyi. Terima kasih semua yang support saya!


Sunday, July 28, 2013

Destinasi Bajet Pulau Tioman

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pembaca blog ni, terima kasih sebab masih membaca post2 saya sebelum ini. Harap semua apa yang saya postkan dapat memberi sedikit ilmu dan bahan rujukan kepada anda.

Dibawah saya ceritakan secara journal percutian bajet saya dari Kuala Lumpur ke pulau tioman untuk 6hari 5malam!


Dimulakan dengan Bajet RM650

Pembelanjaan

Tiket Bus Pergi = RM29.80
Tiket Bus Balik = RM35.00
Feri Pergi Balik = RM70.00
Chalet 6hari 5malam = RM200
Makan untuk dalam perjalanan pergi = RM5
Air Botol 1.5L x 5 + coklat x 2 = RM10
snorkeling set and trip to 3place = RM60
Makan & Minum = RM8.50
Makan Pagi = RM4
Beli Kain Tuala = RM15
Makan Petang = RM12
Beli Beger = RM3
Makan Petang = RM7
Beli Daim & Toblerone = RM19.00
Makan Ikan Bakar = RM41.00
Coklat & Air = 10.50
Transport Air Batang to Kg Salang = RM20.00
Makan hari2 seterusnya = RM28.50
Souvenirs = RM50

Total = RM628
Baki = RM22 ( digunakan untuk kecemasan )



The Journal begins....

100% copy balik dari apa yang saya tulis semasa berada di pulau tioman, cuma edit kesalahan ejaan :D


11/7/11

Pagi 11.00am - naik bus ke Mersing dari KL
Petang 5.00pm - sampai stesen bus Mersing

Sampai di mersing terus beli tiket perjalanan terakhir feri laju dan tempat chalet.
Naik feri laju blue wave sampai ke Kg Salang pukul 7pm.
7.30pm check in chalet di Salang Beach Resort, bilik M12. Bilik satu kipas, katil, 2 bantal, 2 selimut, gayung&baldi ,cermin & meja solek.


Pusing2 Kg Salang, makan malam nasi goreng telur mata & teo o ais. Beli air dan coklat untuk bekalan.


12/7/11

Pukul 8 pagi, pergi makan nasi lemak tea o panas. Pusing2 Salang dan tunggu trip pergi snorkeling 10.30am naik boat laju ke pulau ???. Tengak ikan2 comel. Agak menyesal dalam perjalanan sebab bawak beg, habis basah. Berkenalan dengan orang Singapore. 1 Family dan a Couple baru kahwin. Habis snorkeling tempat petama pergi ke tempat kedua. Tepi pantai yang cantik. Pasir putih & laut yang biru. Lepak2 and chill. Lepas tu ke 3rd place and it the last place for snorkeling package.


Nak pergi tempat ketiga. Ombak dia tinggi2 sampai masuk air dalam boat. Di tempat snorkeling ke tiga lebih dalam dan terumbu karang lagi cantik2. Jumpa ikan nem @ clown fish, dan ikan biru yang dalam cerita nemo & banyak lagi jenis ikan yang ada. Best bila genggam roti, ikan berebut2 datang dekat kita & gigit2 jari supaya kita lepaskan roti. Pakcik & anak perempuan yang family tu muntah2, mungkin sebab mabuk laut. Bila dia muntah banyak ikan datang mutah tu. Yeerrkkkk!!

Pakcik ni baik & peramah, suka borak2 pasal alam sekitar dan lain2. Dia bagi aku 1 sandwish 2 air kotak & 3 mush-mellow. Terima Kasih!

Balik dari snorkeling, lepak2 dalam bilik, lepas dah mandi. Bersiap2 nak pergi makan petang. Mee Goreng mamak & Fresh Orange Juice di tepi pantai, memang HEAVEN!!!

Lepas keyang pergi survey2 jalan nak ke air batang sebab kemudian harinya nak jungle tracking ke sana. Dalam pukul 5pm pergi bersnorkeling lagi, kali ni paras2 bahu je kedalaman nya tapi still nampak ikan bersiar2. Yang bestnya ada seekor baby ikan kuning bebelang hitam yang ikut dari awal sampai habis aku bersnorkeling. Tak tau ikan apa tapi memang comel. Suka ikan tu lalu2 gediks depan goggles aku, lepas tu main sembunyi2 and dapat sentuh2 lagi ikan tu lagi. TQ ikan yellow fish yang comel sebab teman aku bersnorkeling :D

Lepas penat bersnorkeling balik bilik pukul 7pm dan berehat2 dalam bilik. Tertidur dari 8pm sampai 8 pagi :P


13/7/11
Bangun pagi ingat nak pergi jungle tracking. Tapi HP nokia E7 aku hilang ! Memang barang tak boleh letak merata2, walaupun anggap selamat tapi ada je orang jahat dalam dunia ni. Nasib baik tempat ni aman , mudah je aku redha dengan kehilangan E7 yang aku sayang walaupun dalam hati ni dah berbakul2 memaki hamun pencuri tu. Lepas tarik nafas dalam2 barulah rasa aman dan tenang otak yang tengah serabut. Sebab nak tenangkan minda aku pergi snorkeling lagi, luahkan perasaan aku kepada alam semula jadi, ikan2 dilaut lah yang sudi menemani aku tanpa rasa jemu. ( mana nya tidak dah aku bawa roti bagi korang makan )

Lepas dah penat2 rehat dekat tempat rehat yang bergantung tu. Ada la tertidur sejam dua, tenang je tak ada orang nak kacau. Lepas tu pergi berborak dengan pakcik cina local dekat kg salang ni. Pakcik tu cakap kenapa snorkeling dekat sini, kawasan ni banyak batu ikan pun sikit je. Pergi dekat dengan jeti lagi best dan dalam. Ikan lebih banyak yang cantik2 dan terumbu karang yang besar2. Dan dia bagi tahu juga aku tak bernasib baik sebab tak dapat jumpa jerung dikwasan aku bersnorkeling tadi. WTF? tak bernasib baik sebab tak jumpa? Perghh dalam hati aku cakap nasib baik la tak jumpa walaupun pakcik tu cakap jerung yang ada kecil2 dan tak gigit orang. Masalah nya aku TAKUT dengan jerung, kena NGAP sia2 je...

Petang dalam pukul 3pm aku pergi bersnorkeling lagi. Yang tadi pagi, ni petang pula. Memang gelap aku dok pulau ni. Asik mandi laut je. Tempat yang pakcik tu cakap memang lagi banyak ikan dan terumbu karang yang besar2. Bewarna warni, ikan kecik,besar, gamat laut pun ada. Tapi yang tak best sebab tak jumpa pun lobster ke,ketam,penyu,kura2,kuda laut ataupun sotong kurita...


Lepas penat naik jap pergi bilik mandi2 and siap2 nak pergi makan. Waktu nak pergi makan jumpa pula KAI / Khairi Muhd, member kenal waktu pergi snorkeling trip (anak pakcik dari singapore tu). Borak2 then pergi makan sekali. Aku ajak dia pergi snorkeling, so hampir 5@6 kali aku dah bersnorkeling. Lepas tu Kai kenal kan aku dengan anak sheikh dubai, Izel. Dia pun datang bercuti dekat tioman sorang2 macam aku. Dia ada bugatti veyron tu!

Pergi makan malam, sebelum tu beli coklat Daim dan Toblerone. My favorite makan coklat. Harini makan besar/mahal sikit. Makan ikan bakar dengan sambal pedas. Agak sedap tapi mahal sampai RM41. Lepas makan malam aku lepak dengan Khairi Muhd , Siti Khairunnisa , Merel Den Hollander, Nikki Den Hollander dan Izel sampai pukul 1.45pagi. Aku tak berapa nak banyak sangat cakap , cuma banyak mendergar sebab seronok cerita2 diorang ni. Izel paling best sebab dia banyak ceritakan pasal dubai, sheikh...Memang best jadi seorang sheikh yang kaya, bulan2 dapat 2 juta riyal. Memang apa la sangat kalau ada beberapa bijik bugatti veyron kan.


Dekat sana kucing kalau nampak orang memang lari litang pukang. Tak macam malaysia kucing manja2 je. Sebab nya dekat sana kucing agak biasa kalau kena sepak @ diterajang kalau mengatal2 sangat. Aku cerita pasal kucing ni pasal Izel dekat sini tak boleh nak terajang kucing2 sebab kita orang tak bagi and ada seekor kucing buat Izel melatah sampai tertumpah air. Kesian ko Izel, lepas ni jangan trauma dengan kucing dah lah...

Dubai juga ada shopping complex yang best sebab ada salji dalam kawasan shopping complex tu, kalau tak silap namanya Mall of the Emirates.

Dan Izel juga ada ajak kita orang pergi ke negaranya dekat dubai. Sume di support? Perghh memang best tapi tak tau la aku dapat pergi ke tak. Kita orang juga main card game, first Cockroach Salad and second black jack. Best juga main card game Cockroach Salad, dapat belajar main card game dari negara orang lain :D

Lepas penat main card, mainnya tak penah habis tensen lak aku. Paling best Kai sebab dia pandai menyerikan suasana. Dengan teka tekinya dan macam2 benda yang diborakkannya...memang happening betul. Dah penat lepak, jalan2 tepi pantai then balik bilik masing2. Tidurrr.....


14/7/11

Bangun pagi2 siap2 mandi and nak pergi jungle tracking. Start pukul 11.30am, dalam masa nak pergi join sekali 1 family mat salleh dan Aaron sebab diorang kebetulan nak pergi monkey bay dan Aaron nak ke ABC.


Kita orang redah hutan, panjat bukit, turun bukit. Akhirnya sampai ke teluk berus dalam @ Monkey Bay. Dekat sini tak ramai orang datang sebab kalau nak datang kena naik boat atau jungle tracking sebab tu kawasan ni pasir dia masih kaw2 putih dan air die jernih gile.


Lepak2 dekat monkey bay sebelum teruskan perjalanan ke ABC/Tekek. Sebelum kenal Aaron, borak2 dengan dia dan baru dapat tahu dia pun nak pergi ABC/Tekek. So kita orang pun join advanture redah hutan dari monkey bay sampai ke Air Batang. Kalau tak redah hutan sorang2 la aku, alhamdulilah ada gak teman nak redah hutan. Aaron ni pelajar medic dekat Hospital KL, lagi setahun nak habis dapatkan degree. Nama penuh die bukan Aaron Aziz ye, tapi Aaron Abel Jeramy dari UK, bukan Ulu Kali tapi united kingdom.

Dalam perjalan dari monkey bay ke air batang aku dan Aaron pun mula radah hutan, naik bukit,turun bukit,redah semak samun dan macam2 lagi. Dalam perjalanan si Aaron tu boleh pula masin mulut dia, cakap dia ternampak seorang budak kecik dakat kawasan semak. Siot tol kalau dalam hutan ni mana ada budak2, kalau ada pun mesti ditemani makbapa dia. Aku memang dah meremang bulu2 roma, memang aku tak pandang apa yang dia nampak. Teruskan perjalanan dan suruh dia abaikan benda tu. Nasib baik tak kena kacau kalau tak naya je. Memang penat gila habis sebotol besar 100 plus tu pun tak cukup nasib sempat sampai dekat air batang. Perjalanan meredah hutan dari Kg Salang ke Air Batang mngambil masa 2 1/2 hingga 3 jam.


So lepas ni sesiapa nak berjungle tracking bawa 2 botol air besar, 1 botol memang tak cukup. Lagi2 orang yang berpeluh banyak, silap haribulan sampai 3,4 botol baru cukup. Dah sampai Air Batang kita orang ke Tekek Pula. Nasib baik jalan kali ni jalan yang dah berturap. Tak payah nak redah2 hutan bagai. Singgah jap tengak2 dekat marine park lepas tu menuju ke Tekek. Dekat tekek jam dah menunjukkan pukul 4.30pm. Ingat nak ke air terjun, tanya local dkt sini dia cakap nak ke sana boleh tapi nak redah bukit. Dah la bukit dia tinggi and bahaya sebab ada cobra? Dengar abang tu cakap macam tu terus tak jadi nak pergi waterfall. Silap sebab aku stay satu tempat je kalau aku duduk setiap kg yang ada dekat tioman ni sehari, konfem habis satu tioman aku jelajah. Ni aku dapat pergi tiga tempat je. KG Salang, Air Batang dan Tekek. Masa nak balik , memang tak la nak berjungle tracking balik ke KG Salang. Kerja gila namanya redah hutan malam2. Nak naik speed boat dah tak ada, so nasib baik dapat tumpang boat kargo pergi ke Salang. Kena bayar RM20. Perrghh memang penat gila berjalan2 seharian ni dengan redah hutannya dan macam2 lagi. Sampai di Salang pergi makan dengan Aaron nasi goreng seafood dan goreng pisang. Memang layan, makan goreng pisang petang2 sambil memerhati matahari tebenam. Tak ku sangka orang UK suka makan goreng pisang aneh2, dan dia juga suka makan roti canai. Memang malaysia heavan of food la, semua makanan ada!!! Habis makan aku minta diri nak balik bilik , mandi dan rehat2 dan dia nak pergi bersiar2 tepi pantai sebelum balik. Sampai bilik je memang mandi terus terkam katil tak fikir apa dah...ZZZzzzz....


15/7/11

Last Day dekat Pulau Tioman, dah tak tahu nak buat apa, nak snorkeling dah penat, nak pergi dive memang tak cukup bajet, nak lepak dengan kawan2 semua dah balik, memang sedih dan rindu diorang. Benci gila kalau berpisah2 ni! Akhirnya aku buat report pasal HP aku yang hilang. Tapi report bertulis biasa je. Kena masuk dalam sistem baru report tu laku. Dah aku kena pergi balai polis Tekek. Sebab dekat Kg Salang ni just pondok polis. Hari ni aku kenal dengan bro polis bernama Raffi, dia dah 2 tahun duduk dekat tioman. Lepas report pergi ke tekek dengan dia. Best gila dapat naik feri free. Lepas tu dah siap buat report dekat Tekek, balik semula ke Salang sampai dalam pukul 7 malam. Malam tu last day so aku keluar beli Souvenirs untuk kekasihku dan kawan2 sekerja. Tak payah beli untuk family sebab sebelum ni diorang dah pergi dulu pulau tioman, waktu cuti sekolah. Aku tak dapat ikut sebab waktu tu tengah sibuk dengan customer punya project. Sampai bilik packing2 barang, check ada apa2 tertinggal ke tak dan buat check list. Takut ada yang tertinggal naya nak patah balik.


16/7/11

Argghhh will miss you Tioman and all my Tioman Friends. Bertolak dari Kg Salang pukul 9am, tiba di jeti mersing pukul 12pm dan sampai di pudu raya pukul 7pm.




-The End-

37 Comment Telah Diterima! TQ.:

durianjawa said...

well done dear. percutian yang menarik sangat. tapi saya sedih gila part nokia ilang.tu kan tak abis byr kontrak dia lagi?ruginya..... :(

lepas ni hp kene sorokkan tempat pelik2..bawah tilam ke...dalam kasut ke..dalam toilet ke..actually memang bahaya kalo kite pegi bersorangan.kalau ada kwn, maybe they can help you with those valuable things kan?anggaplah takde rezeki..

seronok jugak dapat buat international friend. boleh learn new things, imporove speaking ability, keberanian dan sosial value.teringin jugak nak bercuti dengan diorang one day :)

jeeja azizah said...

Can I get ur fon number please. I nk tny budget ke pulau tioman ni in detail. Email I unguviolett@yahoo.com THANKS!

Unknown said...

Assalam..murahnya chalet tu..nak tanya chalet ape and kalau nak pergi 3 hari 2 malam je,berapa ringgit?baj buat bajet..thanks.. :)

Syukie said...

Bajet dalam RM40 semalam ada, murah jer,,,

Anonymous said...

nk tnya..kamu stay kt chalet mna?kamu x book mna2 pakej kn?just walk in isn't it?

Anonymous said...

Chalet tu name ape?
Kos ferry? Mahal tak?
Im in a budget now ;)

Syukie said...

Chalet tu lupa nama dia, tapi rata2 boleh dapat rm40~rm50 dekat kg salang. kalau dekat tekek mahal sikit.

kos ferry RM70 pergi balik

tapi semua bajet dekat atas untuk sorang je :)

Fahri Amennie said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Bole bg ctc no bot laju blue wave?tq

azeerazas dias said...

Yeah bro trip ntok 3d2n cane plak.btw time kat situ xguna ape2 transpot ke?smua by foot je ke??tq

azeerazas dias said...

Btw my email azeerazas@gmail.com.tq

Syukie said...

Unknow : Ha.a waktu dekat sana mmg travle by foot je lagi best :)

Trip3d2m dalam 350 dah cukup :) tapi kalau pergi berdua kalikan lah dengan 1.5x sebab bajet untuk bilik dah share tp yg lain2 kena masing2 gak..kalau nak makan share lagi jimat :P

sorry no fon x de simpan. :)

Anonymous said...

kat chalet tu ade bilik air tak?sbb kdg2 ade tempat dia letak bilik air kat luar.tq

Anonymous said...

Bro kalo tok 3d2n tu 350 tu termasuk tiket bas pergi balik ke??tq bro.:-)

Anonymous said...

Salam,nk tnye..nk bli tiket feri tu dkt stesen bus mersing jgk ke?ade no chalet tu x?

Sabun Dobi Dolive Negeri Sembilan said...

Salam bro...peralatan snorkeling tu beli di mane?sy 1st time nk pg snorkeling d pulau ....tq 4 ur guide...

Unknown said...

Kalau pergi sana n cari je chalet yg low budget tu boleh dpt ke? Takut semua dah ada booking je nnt..

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.


Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Unknown said...

Bro, saya inagt nak pi naik kete, agak2 ok tak, then terus naik feri kat mersing, saya bertolah dari Johor bharu...boleh bgi no contact saya n detail kat email saya abulokman23@gmail.com
tq in advance!

Unknown said...

syukie, kte org kre 6 7 org nk g pulau tioman ni tp xtau la nk duk mana..so blh rekomen x chalet murah2 kte kalo blh nk ade blik msing2 sbb ade yg kpel2 ni..n bp bjet sorg eh tp kmi akn share2 la..kalo blh nk chalet yg ade 1rmh 3blik la lg sng..sila bg info o any idea. kte cdg nk g dlm bln feb ni
this is my emel neshadell95@yahoo.com
pls reply :) TQ

Unknown said...

syukie, kte org kre 6 7 org nk g pulau tioman ni tp xtau la nk duk mana..so blh rekomen x chalet murah2 kte kalo blh nk ade blik msing2 sbb ade yg kpel2 ni..n bp bjet sorg eh tp kmi akn share2 la..kalo blh nk chalet yg ade 1rmh 3blik la lg sng..sila bg info o any idea. kte cdg nk g dlm bln feb ni
this is my emel neshadell95@yahoo.com
pls reply :) TQ

Unknown said...

yeah...akhirnya.. dapat gak imagine mcmana planning nk bercuti kat sana.. thanks so much!!

Anonymous said...

mcm mana nk dptkn pakej snorkeling tu? mase c/in chalet die ade tawarkan pakej snorkeling ke? murah la dgn hrge RM 60 seorg tu...boleh bagi guide utk dptkn pakej snorkeling tu....TQ..:)
boleh eamil juga aza290590@yahoo.com

Anonymous said...

bang mcm mana nak dapatkan pakej snorkeling dgn harga rm60 tuu? boleh email saya haslini_hasnul@yahoo.com
terima kasih :)

Anonymous said...

haha..informative travel log bro..well done. Nice to see masih ada lg org melayu yg berminat dgn backpacking n budget travelling. Tioman sememangnye a mysthical island paradise dlm msia. Sy start msuk tioman on 1988. Since then, sy x pernah miss masuk tioman setiap tahun, 2 kali setahun ( g ngan family and g trip bujang). Masa taun 80an dulu, jeti semua kayu, chalet kt salang pun ada 2-3 je kot. Masa tu nk masuk laut pun takut sbb 1 meter dari pantai je dh ada coral yg berwarna-warni. Dulu2 kalau ke Salang, amat amat amat bertuah kalau kita dpt bertembung dgn pelancong dari Msia. Rasa mcm kita g melancong oversea je. 100% guest adalah matsaleh. Arus permodenan dan demand dari pelancong terutama dari pelancong dalam negeri membuatkan tioman tidak dpt lari dari development. Ada baik dan ada buruknye and it sometimes make me sad. Peristiwa paling menyedihkan di tioman bila 1 group dari skolah dtg salang (day trip), cikgu derang bwk. Derang dtg dgn bwk bekal nasik lemak. Lepas makan, derang tinggalkan kertas bungkus nasi lemak tu, n bila angin tiup maka berterbanganlan sagala kertas n plastik ke pantai. Lpas tu keluarlah sume pelancong2 matsaleh di dari chalet derang p kutip sampah2 tu. tebal muka sy time kutip sampah tu..isk isk iskk

atakaer said...

salam..aku plan nk ke sane next week.chalet n pakej snorkeling tu ko cari dekat sane ke ko dh book awal awal?

Anonymous said...

next week cuti skolah dh abis bro..so walk in je..pekej snorkelling sume amek kt sana je..bersepah..
maaf sy tlg jwb bg pihak tuan tanah hihi

Anonymous said...

sy berminat juga nak pergi ke Tioman budget style tapi tak tahu cara. Boleh sy minta ctc no tempat tinggal yg di pulau tioman.. yg lain iAllah sy akan usahakan..ni emel sy norazilah@utm.my.. terima kasih

Anonymous said...

salam bro... ble email detail tak... memang ingat nak gerak tengah bulan 9 ni... sorang2 gak... nak tanya pasal every thing... ble tak email ke illaz_aien@yahoo.com or add we chat ef_garfield
thanks

Anonymous said...

Assalam..boleh tak bagi contact no chalet u sewa.. Email n_aida72@yahoo.com

Tq.

Unknown said...

macam best je..anggaran 500 juge skali duit myk...ke lebih lagi..3h 2m...thnkz 4 sharing

Unknown said...

bro bg number bole otomen_fadzil@yahoo.com

Anonymous said...

Babe...nak tau...bende ni awak pergi book or terjah je...

Anonymous said...

017ain@ gmail.com
Nak tau sgt...bende ni booking or men terjah....

Syukie said...

terjah je waktu ni :)

saleha said...

Abg tmpang tanya tau. Sy dgn kkwan (ladies only) dlm 4 org nak buat trip ke tioman utk 3h2m. Brp kos setiap org ye? Mcm mane nak dptkan detail aktiviti kt sane? Ni trip pertama kitorg sbnarnya. Sbb tu perlukan bantuan . Tq

Syukie said...

Makin lama harga barang makin mahal, minyak makin mahal. So kepada yang baru baca entri ni sorry sangat2 memang korang tak akan dapat dah harga waktu saya pergi dulu.

Cuma kalau nak pergi tanpa perancagan , sila pergi bukan waktu pack hour.

And kalau dah tau nak pergi bercuti waktu cuti sekolah. sila lah booking 3~6 bulan awal untuk dapat tempat tinggal dan aktiviti dengan harga yang murah.