Come on over, y'know we've been waiting for you!

Lets share the good things TOGETHER

Tanpa mereka, blog ini pasti sunyi. Terima kasih semua yang support saya!


Friday, July 26, 2013

Medan,Indonesia.

Hari Pertama

Pagi selasa dalam pertengahan tahun 2009, jam nya dalam 4 pagi aku dan sekeluarga bergerak ke KL central. Dr situ aku sekeluarga menaiki bas pula untuk ke airport. Di airport selepas kami sekeluarga selesai solat subuh nya. Terus ke kawasan menunggu kapal terbang. Dalam jam 10pg waktu malaysia , 9pg waktu indonesia , sampai la aku sekeluarga ke medan (indonesia lambat sejam dari malaysia). Didalam kapal terbang sebelum mendarat aku lihat dari tingkap , " ini indonesia ka? Kawasan kampung gue? ". Memang ada highway, tapi 2 lorong sahaja. Lagipun high way nya still belum siap sepenuhnya, da 3 tahun x siap2 lagi. Udah la cerita pasal persekitaran.

Selepas pemeriksaan, kami keluar dari airport polonia. Kami telah pun ditunggu oleh Abg Henry dan Wak. Mereka berdua ini pemandu pelancong kami. Pertama kali ku melihat mobil2 di medan sudah teruja. Bukan teruja sebab mobilnya mewah2 tapi tintet dimobilnya. Gelap gile tintetnya, di sana menjadi satu kesalahan jika pakai tintet tp kuat kuasanya x tegas. Mungkin sebab tu semua mobil pakai tintet gelap gilew babeng~ Jales baget gue.! Kalau dimalaysia pasti kena 300 ratus dgn pak jpj.


Wak yg bwk van kitaorg tere gile menyelit2 kalah mat2 rempit kat malaysia ! Cuba kamu semua bayangkan dibawanya van ,dipintasnya 2 van kadang2 lori. Hu dasat sekali, malahan waktu memintas ada pula van atau lori didepan? Hu cuak sekali. Jalan nya sempit 2 lorong saja, satu utk pergi satu kemari. Jalan sempit tp memintas seperti apa? Takut sekali. Ok la sudah habis cerita pasal pemanduan wak.


Dalam perjalanan aku lihat bnyk sekali motosikal. Van dan lori nya ada dijalan tp jarang sekali kelihatan mobil seperti sedan atau mini mobil. Agaknya di medan jarang ada mobil persendirian. Lebih banyak yang selesa memilih untuk memiliki motorsikal.

Sebelum kami pergi ke Lake Toba singgah sebentar pergi isi perut, aku makan mee dengan teh botol. Murah gilew makanan kat kedai tu. Paling murah Rp500 (RM0.175) paling mahal Rp 15,000 (RM5.25) .

Ok seterusnya perjalanan yang memenatkan,mengharungi jalan yang agak x selesa dan sesak.. selepas dalam 4 atau 5 jam kemudian aku sekeluarga tiba di Lake Toba. Disini agak dingin dan udaranya lebih nyaman sekali berbanding medan. Di hotel, permehatian pertama aku adalah patung penyambut tamunya..

Di hotel nya 4 bintang selesa amat..selepas ke kamar 525 , nasib bkn seperti movie seram blok 505. Aku dikamar dgn adik2 lelaki ku. Adik perempuan ku sama aunti ku di kamar 523, bapa sama ibuku di kamar 521. Hi so dapat kamar dgn adik2 ku saja,bebas. Habis selerak kamar dibuatnya,huk2. Selepas berehat aku pergi ke kolam renang dan siar2 ke sekeliling hotel.

Pada malam nya lepas solat dan makan aku besama adik2 pergi ke kareoke. Bayaran masuk 30 ribu bersamaan dgn rm10. Kareoke la puas2 hu2. Best bangat ! Nak dekat 8 lagu aku nyayi semuanya sumbang hik tp x apa kerna x ada org cuma kami adik beradik buat kecoh di tmpt kareoke nya. Kemudian habis kareoke aku balik kamar dan ZzzzZzzzzz......


Hari Kedua


Seterusnya ke Pulau, Pulau apa? Tah ar aku pon lupe nama nya. Tapi dalam gambar yang aku amik tertulis " Perlabuhan Wisata".


Kat sini pada zaman dulu, aku dipaham kan raja nya yang bernama "Raja Siallagan" seorang yang memakan jantung dan meminum darah dari banduan. Dan aku diterangkan banduan2 atau pesalah2 ini selalunya bukan dari golongan biasa tapi orang hebat2 yang ada black magic atau ilmu hitam. Aku ase orang2 kat pulau ni semua beragama Kristian sebab aku tengak de je gereja, x nampak lak masjidnya. Kat sini ada beberapa lah benda menarik yang boleh diceritakan. Kat setiap umah aku tengak kenapa ada ukiran 4 buah dada perempuan dan cicak? So aku tanya la pemandu pelancong aku kenapa ya ada ukiran sebergitu rupa? Kata abang Henry la kan, dari apa yang aku still ingat dalam kepala otak ni...

Yang empat itu adalah buah dada perempuan. Ada empat bukan lah maksud nya perempuan disini pada zaman dulu memiliki 4 buah dada tetapi seseorang itu jika hendak jadi isteri raja tidak lah diukur pada kebijaksanaan nya, atau pun rupanya tetapi kepada susunya..hahahaha....Sapa ada buah dada yang besarnya seperti 2 orang (mungkin yang dimaksudkan saiz G kot huk2) dapat la jd isteri raja. Bukan untuk raja tau tapi anak2 nya. Anak2 raja Siallagan ni ramai beb bukan sorang dua..bebelas2 berpuluh2 tuuu...Sebab tu la siapa nak jadi isterinya kena ada buah dada yang besar. Ukiran cicak pula bermaksud walaupun pergi kemana pun jangan lupa untuk pulang ke kampung halaman. Kira maksud dia jangan lupa diri dan asal usul la.

Lepas penerangan2 tentang raja Siallagan dan sejarah2 tempat tu kitaorang pergi la pula ke kawasan beli belah. Ya ampun..memang tensen gilew..Baru jalan selang 1,2 kedai dah kena tarik soh tengak2 barang. Sebut harga lepas tu tunjuk2 barang kat kite. "Nak beli ke x ni adoi"...?? Arghh tensen plok. Aku wat bodo je kalau diorg wat kat aku macam 2. Tapi sian mak aku kena tarik hahaha. Kisahnya hampir sama la macam kena heret soh beli barang dekat china town.


kat pulau ni ada 5 jenis kaum. Batak Karo, Batak Simalungun, Batak Toba, Batak Pakpak, Batak Mandailing. Lepas habis dekat tempat ada rumah raja Siallagan kitaorang ke Tomok. Kat kawasan ni ok la sikit diorg x de la macam memaksa2 soh beli. Amat sikit nak jalan2 tengak suvernior. Dekat Tomok ni ada kawasan perkuburan raja2 dia yang terdahulu. Tomok ni maksud dia besar2 kira badan besar2 dan sihat macamtu. Adik gan mak aku dapat gelaran Tomok dari orang yang bagi penerangan pasal perkuburan lama tu. Hihik tensen je ibu ku..Sabar2~


Lepas tu kita orang naik van dan terus ke tempat seterusnya iaitu kawasan "kerajaan purba". Ada la rumah @ istana lama dan list2 raja nya dari tahun 1624 hingga ke 1947. Raja yang terakhir ada ukirannya. Ia sudah belajar hingga ke luar negara dan selepas pulang dari luar negara ia ditabalkan jadi raja. Tapi x lama kemudian rakyatnya berpesangka buruk terhadap raja nya and dibunuhnya kerana disyaki ada talian dengan Belanda. Buat pengatahuan Indonesia penah dijajah belanda.


Kemudian dari "kerajaan purba" kami ke "Air terjun Sipisopiso" . Kat sini angin nya kencang sekali dan suhu nya bisa buat mengigil. Hik2..


Sudah la selebih nya hanya perjalanan untuk ke hotel. So di hotel pun tiada apa yang menarik. Kami menginap di hotel Grand Mutiara. Hotal 5 bintang plak hik2. Tapi yg pelik nya sign bord.

Ok la kita skip terus ke Hari ke 3.

Hari Ketiga
Pagi hari ketiga kitaorang pergi ke pasar buah yang jaraknya hanya 10 minit dari hotel. Di situ adik ku nizam dan wani menaiki kuda. Aku lak malas la nak naik kuda ni sebab ada orang yg jaga@iringkan. Kalau bawak sendiri kuda tu best gak. Harga untuk naik kuda cuma Rp 20,000. So kat situ ada kedai jual cenderamata gak. Kat situ aku beli baju T untuk cawek ku. Hurm itu je. Tapi adik aku shoping gilew2, die borong 2 baju T gan satu sweater and beg sandang. Gilew ar kaye2. Kat kedai cenderamata tu kelakar gilew , makcik penjual tu pangil abah aku "abang manis""darling". Aku pon dapat gelaran "abang ensem"...hak2 kelakar sey.. Tapi gue x makan la puji manis2 ni. Abah aku la terkena..Adik2 aku cakap "abah da kena manderem woo" hihi..Abah aku beli jaket kulit harganya dalam Rp 200,000 . Harga mula2 orang kedai buka Rp600,000 . Gilew2 nyew mintak diskoun!

Distinasi seterusnya Bandar Medan. Sebelum ke bandar kitaorang dibawa ke Istana di dalam Bandar Medan. Kawasan tu x berapa best la sebab aku tengah penat gilew so x de mood nk jalan2 tengak istana tu. Aku pusing kejap lepas tu rehat kat luar istana tu berehat2 amik angin...huuuu lega dapat rehat~


Dekat bandar medan kitaorang pergi kedai kain. Lepas tu pergi mall paling besar dan terfames dekat medan. Apa yang dibeli x yah la tau ye tapi aku habis dalam Rp1,500,000 gak la. Mak aku ase2 dalam 5~6 juta rupiah. Gilew shoping sakan...huhu..Dekat Medan KFC die x boley blah aku ingat dalam bungkusan tu burge ke ape rupa2 nya "NASI" ??? Aku gan adik2 aku gelak terkikih2 sebab pelik dowh.. huhu~


Buat pengatahuan kedai biasa tutup jam 6 dan mall tutup pukul 10 malam..Selalunya bak kata abang henry dekat kawasan2 hotel aku tu waktu malam nya agak sunyi so x bisa kuar jalan kaki. Jika mahu kena naik taxi nya. So aku baru nak rancang kuar jalan 2 tapi disebab kan bab keselamatan aku x kuar. So nak hilangkan boring aku dok je la dalam bilik hotel tu. Seb baik kat HBO ada citer transfomer.. Layan la gak dari x da ape2..

Hari Keempat



Kami sekeluarga bangun awal dan siap2 nak balik MALAYSIA !!

Rasa sekejap je ada kat Indonesia. Best la gak walaupun agak capek. Last sebelum balik pergi beli cenderahati dekat kedai duty shop tok kekawan aku, tah ape2 je aku beli tak kisah ar janji aku de beli.

Adik aku lagi best beli kan sekaton winston light tok kawan2 die, murah lak tu RM46 je. Disebab kan aku da benti isap rokok x de la aku nak beli hahaha.. Kalau tak aku da angkut 3 katon rokok dunhill pat belas. 

Di kedai tu pertama kali aku berjaya mengepau mak aku supaya membelikan minyak wangi berjenama.


Aku ni x penah pun beli minyak wangi mahal2 ni. Dan2 ada peluang kan aku angkut la minyak wangi jenama Elizabert..lebih kurang ar nama jenamanya..Aku x tau ni minyak wangi tok laki ke pompuan tapi bau die lembut dan x menyakitkn hidung aku. Pasal tu la aku beli huhu~

Hari ni hari jumaat so aku sekeluarga pon g la sembahyang jap dekat masjid yg kat2 gan TS. Lepas tu balik umah kat ampang. Selesai la percutian aku.

Tapi belom sempat lepak2 jiran ajak g mandi kat bukit belacan. Aku pon memang nak g mandi sungai so g je la kan.

Kat bawah ni ada lagi gambar2 pemandangan di Medan Indonesia.






11 Comment Telah Diterima! TQ.:

Anonymous said...

salam, nak tanya g medan ikt pakej@ main redah je?msj ye tk information he2 0179149064

Syukie said...

saya g ikot package...de pemandu pelancong...kalau ade member dekat sane batter men redah je..x best kalau ikot package ni..terkejar2~

boullert said...

Ada tak no tpon pemandu pelancong tu? Coz sy nak ke mesdan 2nd week of Jan. Klu ada tlg emelkan areyoi2002@yahoo.co.uk

Syukie said...

maaf saya dah hilang no pemandu pelancong tu...
boleh cuba tnya member sy dia ada uruskan pemandu pelancong x??
coz die kerja bahagian penempahan tiket2 ni..

facebook.com/khairi.hadi

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



aziman omar said...

Salam,
Entry yang menarik!! Nak berkongsi dengan semua pembaca…
Saya ada menyediakan ground pakej ke Medan atau seluruh Indonesia dengan harga yang menarik.Kepada anda yang baru pertama kali nak melancong,kami sarankan anda guna kan khidmat kami.Semua urusan dilakukan di Malaysia dan ianya lebih selamat,murah dan meyakinkan.
Pelbagai pakej ke Indonesia untuk anda. Kami akan guide anda dari anda menjejakkan kaki ke tanah seberang sehinggalah anda meninggalkan negara tersebut.
Hubungi saya ditalian 0126665436 (call/sms/whatsapp) Atau email saya di: aziman68@gmail.com
Sebarang pertanyaan akan kami layan.
Atau boleh juga ke Blog kami untuk pelbagai info:

http://freelancetour.blogspot.com/

Unknown said...

Melancong ke Medan, Indonesia pon sangat bajet sebenarnya.. Saya menyediakan pakej mewah dgn harga bajet yg pasti menyeronokkan...everyone can enjoy! 0175367426 insyi

ilyaniza eja said...

sy pertama kali nak pergi medan sendiri berapa bajet yang perlu di bawa untuk 6 ari?

Syukie said...

eja, saya tak pasti rate sekarang disebabkan matawang kita pun tengah turun.

hamzah saragih said...

Murah sahaja puan...sila whatsapp utk tanya2 pekej ke medan....+6282160211106

Unknown said...

assalam, kami ada menyediakan ground pakej Medan-Lake Toba-Berastagi dengan harga dan servis yang sangat berpuas hati. servis driver + transport juga ada ^_^ paling best kami bagi tiket masuk PERCUMA ke Funland! jom cepat
.
whatsapp:+6012-6047593
ig @percutianbajet