Come on over, y'know we've been waiting for you!

Lets share the good things TOGETHER

Tanpa mereka, blog ini pasti sunyi. Terima kasih semua yang support saya!

Sunday, February 7, 2010

Hari Keluarga TM MSC

6/2/2010

Hari ni aku g family day TM MSC. Tah nape hari ni aku happy sangat walaupun kemarin baru je rasa serba salah sebab exidentkan kereta bapak aku, melayang juga la dalam +-/RM600.


Pakai lah pakaian yang sesuai untuk mandi okies, dan jangan biarkan babies2 anda mandi bogel hik2...








Pelan taman tema ni. 1st nak g mana ye?? Adoi pening lak pale pikir mane nak g dulu ni...












Kalau ikot signboard ni. Aku rasa kena pergi changing room dulu la, pape pn tukar baju dulu. Tak kan lah nak mandi pakai seluar jean ye tak??











Lepas dah siap2 tukar baju, makan pagi then ape lagi join aktiviti la. Aku men hentam je join aktiviti untuk budak2 yang berumur 13~17 tahun. Padahal x sedar diri tu yang dah tua. Umur dah 21 tahun tapi boleh lagi men game dgn budak2. X kisah la kan sebab cuba tengak gambar tu, kan aku lagi rendah dari diorang so boleh je join hahahaha~

















Aktiviti pertama yang aku join dengan budak2 bawah umur ni [walking on water]. Sampai tergolek kau. Tu ar main exited sangat tapi exited je lebih last2 dapat no 2 je.








Aktiviti kedua [jump pax]. 1 kumpulan ade 10 orang dan dikehendaki mengimbangkan diri dekat atas "pelampung hijau". Bukan main team work nak menang game ni. Semua bersemangat nak revenge atas kekalahan kat aktiviti [walking on water]. Last2 kalah gak, dapat no 2. Mane aci pengadil x bagi tau syarat ketiga yang akan menentukan kemenangan!!

1: Berapa ramai yang berjaya stay atas pelampung (masa 2 minit) = seri

2: Berapa lama boleh tahan selepas 2 minit (had masa <1minit)> = seri

3: Kestabilan = kalah dengan kumpulan lawan

Ape-ape pon it just for fun. Janji Happy~

















Diri ku selepas penat main aktiviti bersama budak2. Pancit beb...











Pose dengan hadiah. Dapat pen je. Pen pon pen la janji aku boleh guna buat salin note gan assigment sem depan :P








Habis men aktiviti dengan budak2 aku layan aturcara untuk dewasa lak. Ni baru betol aku nye had umur. Kat sini aku layan game [latina crab]. Dengar name game pon dah tau mesti kena jalan macam ketam :P . Kat game ni aku men tipu sket. Bola yang kena stabilkan kat dahi tu aku kepit gan tangan, so 4 sure la bola tu tak akan jatuh. Cepat je kitaorang nye team habis kan game ni. Tapi sepandai2 orang melompat dalam guni akhirnya dapat no 2 gak.








Habis game [latina crab] pergi main game basah lak [wet LRT]. Punya la beria2 susun plan macam mana nak menang last2 dapat kedudukan last no 4. Da nasib nak kalah, ape2 pon harini 4 aktiviti aku join bukan men happening.

Hadiah yang aku dapat 2 set pen, 1 botol air dan 1 kain lap tangan yang gantung kat dapur. X_X

Macam poyo je hadiah yang aku dapat ni kan, tapi rileks....

Ada cabutan betuah lepas ni. Hadiah yang ada???

Hadiah misteri, hamper, microwave, oven, basikal, PSP, home theater, LCD TV....

Amek ko segala macam mak nenek ada. Memang teruja nak dapat lucky draw ni~











" no bertuah dalam yang bertuah pada hari ini, 0.....1......5....LAPAN !!! Anda memenangi hadiah utama iaitu LCD 32" , sila naik ke atas pentas !! "

Perghh bukan men berjoget sakan aku...
Pakcik menang LCD TV, grand prize lak tu. Bangga gile nek atas pentas, kembang kempis hidung aku menahan keseronokan yang x terhingga..

















Pose kat tepi pokok kelapa. Agak2 pokok kelapa tu real ke x??











No 8 , amacam ade ONG ke?? Hurmmm...











Jom balik, panat dah mandi2 kat sini. Air banyak sangat klorin abes merah mata aku.









Sebelum balik bergambar dulu buat kenag2an. Yeee jom balik, esok hari selasa g claim hadiah dekat pejabat TM. Lepas ni abes ar, PS3 @ Wii akan menyunsur kemudian. Da ade TV besar baru syok men gam bergrafik tinggi. Pas tu ley layan movie @ bola... Best nye~


Nota Kaki = No lucky draw aku 0158, no locker H77, no menang aktiviti 2224. So adik aku ade cakap 2248 mesti pas ni menang no haram lak. Ape2 pon terpulang kepada anda utk percaya atau tidak. Sebarang tindakan yang menyalahi undang2 dan hukum agama adalah tanggumg jawab sendiri.

3 Comment Telah Diterima! TQ.:

::Min:: said...

woahhhh!best gileeeee!!

Call T said...

gamba yg pegang hadiah utama tu edit ker?

Syukie said...

nampak macam edit ke?? Tak lah..x edit ape2 pun :D