Come on over, y'know we've been waiting for you!

Lets share the good things TOGETHER

Tanpa mereka, blog ini pasti sunyi. Terima kasih semua yang support saya!


Monday, June 21, 2010

Hak Ibu bapa terhadap anak perempuannya selepas perkahwinan

Ayat2 didalam entri ini untuk si isteri.


Tanggungjawab wanita yg telah berkahwin kpd ibu bapanya adalah sama seperti tanggungjawab wanita lain. Hak ibu bapa perlu disempurnakan sama ada sebelum @ selepas berkahwin. Tetapi, ketaatan isteri terhadap suami perlu didahulukan sebelum kedua ibu bapa sekiranya berlaku sebarang konflik.

Seorg wanita yg berkahwin, perlu menziarahi kedua ibu bapanya dari masa ke semasa. Bawa & hadiahkan buah tangan yg berpatutatan meskipun tidak bernilai dr segi material. Dia juga harus berusaha agar anak2 nya tidak melukai hati kedua ibu bapanya dan mengelakkan diri drp menceritakan masalah rumahtangganya.

(rujuk fatawa syeikh muhammad soleh al-Munajjid & syeikh Muhammad al-duwaysh)

dinukil dr fatwa adab.


Selepas berkahwin, si isteri perlu taat pada suami. Tentang ibu dan bapa si isteri pulak, ingatlah. Itu adalah hak si isteri terhadap ibu dan bapa yang melahirkan, menjaga dan membesarkan si isteri. Kalau mereka tak ada, maknanya tak ada lah si isteri untuk jadi isteri kepada suami nya. Ibu bapa juga perlu tahu bahawa, sekiranya apa2 perkara sekalipun, suami adalah keutamaan. Jadi, segala yang mereka perlukan/inginkan daripada anak perempuan mereka, perlu mendapat persetujuan suami terlebih dahulu. Kalau suami tak memahami? Antara ciri2 pilihan dalam memilih suami, cari yang boleh menerima keluarga si isteri sama macam si isteri boleh terima keluarga si suami. Sekiranya suami tu seorang lelaki yang baik, dia tak akan sanggup menyuruh si isteri mengenepikan ibu dan bapa nya. Jadi, apa2 hal, semuanya berbalik kepada perbincangan di antara suami isteri.

Bab balik kg? masalah ke? xde masalah la. Kena ikut je suami. Kalo nak tiap2 tahun balik raya umah suami dulu pun, ikut aja. Kan kena taat pd suami. Ni kalo bab raya, mula la nak berperang, balik kg pun muka muncung je. Apa bezanya raya pertama ke, kedua ke, kesepuluh ke nak balik kg si suami. Raya kan Nabi suruh gi solat raya n bersuka2. Takda pun suruh balik kg. Tak balik kg pun x salah kan? Susah2 raya je kat rumah sendiri.

Suami xde tanggungjawab pd mak ayah belah isteri. Ada sesetengah org, dia nak suami dia bagi gak duit tiap2 bulan pd mak ayah belah isteri. Kalo suami nak bagi duit, hadiah dll. Tu adalah tanda kasih syg dia pd mertua nya(mak ayah si isteri),bukan tanngungjawab suami.

Para isteri selalulah bantu suami jadi anak yg soleh dengan berbakti pada ibu bapanya sbb tanggungjawab anak lelaki pd ibu bapa. Tanggungjawab wanita yg dah kawin pd suami. Moga2 Allah akan balas pula dgn menjadikan anak kita soleh dan solehah, berbakti pd kita semula. Taknak ke kita anak kita berbakti pd kita kelak?


Nota dah tak da kaki : to durian jawa

13 Comment Telah Diterima! TQ.:

myQza said...

TQ info!

SheyPull said...

semogaisteri2 kite nnt..akan menjadi isteri yg solehah...:)

SheyPull said...

saye pun gembira jika kawan blogger saye neiw..happy jew...:)

eh2..jom tgok blog saye..ade pempuan suke beruang..hahahah

Syukie said...

Amin ~

rizputra7 said...

kena ambik tahu nie..walaupon aku tak kahwin lagi...thanks bro..

Syukie said...

Saye pon belom kahwin :P
tapi ilmu2 ni kena cari gak untuk masa depan :D
sebab tu label entri (masa dpan)

~~su manje~~~ said...

salam...singgah disini

tengkusri said...

suka dgn info ni...dan alhamdulillah sbb aku dapat isteri mmg perangai mcm tu...

Syukie said...

Sama2 tengkusri :D
alhamdulilah awk dpt isteri yg baik2 :)

mil said...

Camne dengan suami yg malas nak jenguk mentuanye...kes yg tak peduli coz mentuanye bukan tanggungjawabnye mcm yg ditulis dlm blog ni...perempuan tu anak sorang bagi ibubapanya.

Anonymous said...

Walaubagaimana pun Islam melarang suami berlaku tidak adil kepada isterinya jika ada sesuatu keperluan ia ingin membantu ibu bapanya yang susah dan memerlukan bantuan.


Pihak suami perlu ingat bahawa setelah ia mengawini wanita tersebut ibu bapa mertuanya adalah telah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri. Perlulah diberi kasih sayang dan segala keperluan dan hajat mereka berdua jika mereka memerlukan bantuan.

Anonymous said...

Namun pendapat yg mengatakan anak perempuan langsung tidak mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa selepas berkahwin adalah salah sama sekali. Cuba bayangkan jika ibu bapa itu mempunyai 6 orang anak dan kesemuanya adalah perempuan adakah penat lelah selama mereka membesarkan anak-anaknya langsung tidak akan dihargai anak-anaknya selepas anak-anak tersebut berumah tangga? Ini adalah sesuatu yang tidak adil memandangkan mereka tidak merancang untuk mempunyai anak perempuan semuanya.

Di zaman sekarang telah berubah, semua perempuan telah berkerjaya, seharusnya kedua-duanya anak lelaki dan perempuan sama-sama membantu untuk menyara kedua ibu bapa mereka yang telah tua sebagaimana kedua ibu dan bapa telah menyara mereka semuanya.

Anonymous said...

Ingatlah bahawa kita juga akan ada anak lelaki. Kepada isteri-isteri yang mungkin tidak mengingatkan suami mereka akan tanggungjawab suami sebagai anak lelaki kelak isteri anak-anak kita juga akan buat perkara yang sama.. Akhirnya kita sebagai ibubapa yang akan melalui frasa yang sama seperti ibubapa suami kita lalui.