Come on over, y'know we've been waiting for you!

Lets share the good things TOGETHER

Tanpa mereka, blog ini pasti sunyi. Terima kasih semua yang support saya!

Wednesday, July 24, 2013

Destinasi Bajet Genting Highland

Destinasi percutian AirFood kali ini adalah di Genting Highland ! Untuk sedikit info, Tanah tinggi genting ialah puncak gunung yg terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia. Terletak disempadan Pahang dan Selangor.Percaya atau tidak dengan berbekalkan budget RM100. Dapat juga aku merasa cuti2 di Genting Highland.

Genting dah tak sesejuk dahulu, x de kluar asap pon dr mulut.

Dari Kuala Lumpur aku dan dua rakan menaiki Kereta Saga Turbo. Perjalanan mengambil masa tepat 1jam 25minit ( campur tolak berhenti isi minyak dan beli makanan ringan ). Tolak RM50 untuk minyak dan RM10 untuk tol ( pergi-balik ), oh ya budget aku still tidak ditolakkan sebab transport FREE.

Dari Kuala Lumpur, masuk lebuh raya MRR2, terus je ke gombak ( Zoo Negara ), then terus lagi sampai lah agak2 nampak signboard tunjuk arah ke kiri ( Genting Highland ). Then naik la bukit yang punya la tinggi nak mampos. Mengikut kajian geografi ia 2000KM dari bawah paras laut. Tinggi kan Genting ni.

Lepas parking, kami terus cari kedai makan. Singgah dekat MarryBrown untuk isi perut yang dah lama menyanyikan lagu keroncong. Dekat sini sempat lagi aku promosikan airfood.blogspot , harap maklum ini bukan vandalisme. Dah dia sediakan board dan pen, apa lagi conteng la :P


Makan sini je dah RM16.30, memang bajet. Ok la perut pon dah kenyang, hati dah senang. Jom pergi jalan2 plak. Target seterusnya nak masuk Out Door Theme Park. Tapi nasib tak baik, kitaorang datang lambat. Ada lagi sejam je nak tutup. So tak jadi la, tak puas kalau nak masuk untuk main sejam je. Bayar sampai RM36, kalau tak silap. Rugi2...

Seterusnya saya pergi melabur duit dekat rumah hantu dan muzium "Ripley's Believe It or Not!". Beli tiket combo RM35. Mula2 masuk rumah hantu, tampat ni x de la seram sangat. Cuma efek2 die je yg buat terkejut. Banyak rasa terkejut dari seram.

Baca doa selamat ye kalau nak masuk rumah hantu nanti :P

Lepas dah puas terkejut-kejut, masuk muzium lak. Sini pun tak ada apa yang best sgt, setakat nak tangkap2 gambar tu ok la.

Peace :D

Perhatian aksi ni 18SX tahun keatas.

Chip Puak org asli : "woiie best nye kita masuk blog la wei~"

Kerusi bertuah dan yang duduk di situ adalah Hang Tuah. Perasan :P

Jerung nak giget, lari...

Papa bawak saya g jalan2.. :D


Jika anda kanak2 bawah umur, jangan lihat 2 gambar dibawah ini.


Puas tangkap gambar dekat rumah hantu dan muzium, seterusnya kitaorang pergi Snow World. Tiket untuk masuk RM17. Jumlah yang dibelanja setakat ini RM70. Suhu dalam bilik sejuk ni -6 darjah Celsius, memang beku kalau lama2 aku dalam tu. Pakai 1 baju, 2 sweater pun sejuk lagi. Macam mana nak pergi oversea ni?

Sementara bosan2 tunggu masa nak masuk bilik sejuk, kita cucuk hidung dulu.


Gambar2 diatas diambil secara curi2 didalam Snow World. Dekat dalam ni mana boleh bawak camera, tapi tau2 je la kan degil aku macam mana. Dapat gak tangkap gambar Free. Tak payah beli gambar yang diorang jual, Mahal woo.

Ok, sekarang korang percaya tak dengan hanya RM100 kita boleh pergi berseronok di Genting Highland. Siap ada balance RM30 lagi.



6 Comment Telah Diterima! TQ.:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

kelako ar ayat ko yang ni "lepas dah terkejut-kejut" haha..ade ek macam tu? hahaha

apesal p bercuti tak ajak hah? kedekut he? haha..gurau je

chella azmi said...

bestnye g sane. i baru nak g ngan kawan2 lepas register nanti...

Syukie said...

cik aida : tersilap kosa kata disitu, :P tp biar je la..hehe

chella : g la, tp pergi waktu off peak lagi murah :D

Capo Grande said...

saya pegi free je ...huhuhu...salam ziarah dari capo grande...

Bitt (double IS) said...

cool post! ahhhahaha google tertarik dgn gambar curik..akakkakakkakaa

Syukie said...

tertarik dengan gambar curi :P ?