Come on over, y'know we've been waiting for you!

Lets share the good things TOGETHER

Tanpa mereka, blog ini pasti sunyi. Terima kasih semua yang support saya!

Sunday, May 29, 2011

Hari Belia 2011

Hari Belia 2011, Himpunan satu JUTA belia!

Sehari memang tak cukup nak pusing semua tempat, bayangkan aku ada dekat sana dari pukul 7pagi sampai 1pagi! Berapa jam?? Nak dekat 18 Jam masih tak habis pusing semua tempat dekat sana -_-"

Sampai2 je putrajaya mengagau cari peta. Sesat weih, biasa la jarang pergi putrajaya ni. Sampai2 je tempat 1st aku pergi tengak kereta cun2 dulu. Cuci mata :)


Habis cuci mata dengan kereta2 yang cun melecun ni, perut pun lapar. Serius sedih makanan mahal. Tensen aku. Nasib la aku bawa mineral water dari rumah boleh jimat kos.

1st time and terasa pelik yang amat. Tak pernah aku tengak KFC buat warung style. Memang layan!

Lepas dah kenyang jalan2 cari hiburan telinga plak. Hurm siapa ye artis diatas ni? Tak berapa nak kenal la dengan dia ni. Tapi banyak orang minat dia kenapa ye??...


Bahagian ATM , Angkatan Tentera Malaysia !

Memang menarik tempat ni untuk dikunjungi, macam2 kereta kebal yang tak penah lihat semua ada disini.


Dekat bawah ni pula bila aku masuk dalam bilik bedah tentera , lengkap semua nya macam bilik bedah betul2 :)

Abang Askar dekat bawah ni adalah pembantu doktor. Tapi pelik gak tengak kenapa tak pakai baju macam pembantu dekat hospital. Jawapan yang diberikan adalah sebab kami tentera dan kami juga pembantu doctor. Ooo macam tu baru paham.


Next bahagian senjata, my favorite! Macam 2 senjata aku dah angkat dan test pegang, dari sekecik2 pistol sampai heavy machine gun dan pelancar roket. Caya lah.

Ada tak ciri2 jadi askar yang gagah setia? Aku dah apply jadi askar waktu dekat booth pengambilan recruit baru. Lepas isi borang je aku dah kecewa, ukur tinggi lepas, timbang berat lepas, tengak BMI tak lepas arghhh tensen! Kompem aku tak lepas dipanggil untuk temuduga sebab tak cukup kriteria.

Sebab kecewa yang tak terhingga. Pergila gembirakan hati ni dekat SupaduPPa! Aku main yang dalam bola plastik besar tu sampai tergolek-golek. Da macam hamster rupenye, dalam tu panas tapi BEST!!!

video


Last but not lease, yang semua orang tunggu... Najib bawak khas kot diorang dari KOREA. Super Junior M !!!!!!!!!!

Amacam comel tak Super Junior M ni? Eh silap ni gambar member aku. Hehe...

Dekat bawah ni baru betul. Korang lihat2 la ye gambar dan video dibawah. Semoga terhibur dan jumpa lagi. Tata~







p/s : pesanan dari pihak penaja, kalau ada yang bawak anak kecik tu bawa2 la pempes sebab memang tak lalu nak buang hajat besar dalam tandas kotak tu weihh, da la tak ada air. Kalau hajat kecik tu boleh la juga gagah nak lepaskan. Yang budak2 besar pun boleh pakai pampes, tak ada la nak kecoh2 tak nak guna tandas kotak tu.ToiToi sungguh! HEhe~

p/s : banyak lagi video tak upload, nanti internet dah laju den upload ok

update 28/7/11 = Disebabkan speed internet yang tidak memberangsangkan, tak dapat nak upload saiz video super junior yang saiz nya sampai 1G ??? Kena tunggu Unifi la kot :P


1 Comment Telah Diterima! TQ.:

aque said...

pergh jumpe superjunior m... wargh!!!!( konon2 histeria hahhahaha)